Pengembara di atas jalan kepada kebenaran
mestilah mempunyai kebijaksanaan, kefahaman dan pengertian yang mendalam akan
fitnah sesuatu. Ini semua merupakan kelayakan awal yang perlu dimilikinya. “Allah ciptakan hamba bijaksana dan
berkebolehan yang meninggalkan dunia tempat huru hara mereka ke laut yang
hanya ombak menjadi ujian mereka perbuatan baik adalah kapal yang menempuh
gelombang”.
Orang memasuki jalan ini kerana ada
matlamat yang dia tuju. Perhatiannya tetap teguh kepada matlamat namun, dia
tidak boleh abaikan pentingnya persiapan untuk pengembaraan ini. Bila dia
mempersiapkan diri dia mesti berjaga-jaga jangan ditipu oleh rupa yang menawan
dan dia mesti tidak membebankan dirinya dengan muatan atau menjadikan
perhentian atau setesen kerohanian sebagai matlamat terakhir.
Orang yang berada pada jalan kerohanian
mengatakan segala perbuatan kepunyaan Yang Menciptakannya, manusia tidak
sepenuhnya bertanggungjawab; di dalam tangannya perbuatan boleh kelihatan lain
daripada apa yang sebenarnya. Allah berfirman: “Apakah mereka (berasa) aman (daripada) percubaan
Allah? Kerana tidaklah ada yang berasa aman daripada percubaan Allah melainkan
kaum yang muflis”. (Surah al-A'raaf, ayat 99).
Inilah dasar bagi jalan ini; meninggalkan
semua muatan di belakang dan bergantung kepada Allah semata-mata, tidak
dibingungkan oleh rangsangan pada setesen-setesen di sepanjang perjalanan.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Wahai
Muhammad! Sampaikan khabar gembira kepada pendosa-pendosa yang Aku Maha
Pengampun. Tetapi sampaikan kepada mereka yang benar-benar kepunyaan-Ku dan
ikhlas pada niatnya untuk-Ku bahawa Aku sangat cemburu (terhadap apa yang
mereka inginkan di samping Aku)”.
Kekeramatan yang zahir pada mereka yang
hampir dengan Allah dan Setesen kerohanian yang mereka nyatakan adalah benar.
Tetapi orang-orang yang seperti ini masih tidak terlepas daripada rangsangan
Allah dan ujian-Nya merangsang kepada dosa – kadang-kadang mereka diberi
kejayaan bila mereka mula berbuat dosa, jadi mereka fikir suasana atau keadaan
mereka adalah milik mereka dan kekeramatan itu juga milik mereka. Hanya
nabi-nabi dan mukjizat mereka yang bebas daripada ujian demikian. Adalah
dikatakan ketakutan kehilangan iman ketika tercabut nyawa dari badan adalah
satu-satunya penjagaan yang akan menjamin iman pada saat akhir.
Hassan al-Basri pernah berkata bahawa
kepada orang yang hampir dengan Allah berjaya melalui ketakutan mereka terhadap
Allah. Di dalam diri mereka takut jauh lebih kuat daripada harap kerana mereka
tahu bahayanya diperbodohkan oleh sifat semula jadi manusia. Tipu daya ini
menarik manusia keluar daripada jalan tanpa mereka menyedarinya. Dia juga
berkata orang yang sihat takutkan penyakit dan harapannya adalah sedikit,
sementara orang yang berpenyakit tidak lagi takutkan ditimpa penyakit dan
harapannya untuk sihat bertambah.
Nabi s.a.w bersabda, “Jika ditimbang takut dan harap pada
orang beriman kedua-duanya adalah sama” . Dengan rahmat Allah,
ketika saat akhir kita, Allah lebihkan harapan kita daripada ketakutan. Nabi
s.a.w bersabda, “ Semua umatku akan menghembuskan
nafas terakhirnya dengan kepercayaan dan harapan kepada rahmat Allah” ,
kerana Allah menjanjikan, “Keampunan-Ku
meliputi segala-galanya” ,
dan, “Rahmat-Ku
mendahului murka-Ku”.
Allah Maha Pemurah, Penyayang dan
Pengampun, tentu sekali para hamba boleh bergantung kepada-Nya. Namun
pengembara pada jalan kerohanian mesti takut dan menyelamatkan dirinya daripada
kemurkaan Allah. Untuk itu perlu dia serahkan semua yang dimilikinya – dirinya
sendiri, kewujudannya – letakkan segala-galanya di kaki-Nya dan berlindung
dengan-Nya di dalam-Nya.
Wahai pencari. Duduklah di atas lutut kamu
di hadapan Tuhan kamu! Akui dan bertaubat terhadap kesalahan-kesalahan kamu!
Tanggalkan daripada diri kamu segala kewujudan kebendaan! Akui dan bertaubat
daripada dosa-dosa kamu yang lalu dan nantikan di pintu keampunan-Nya tanpa
membawa apa-apa, dalam keadaan berhajat penuh kepada-Nya! Jika kamu lakukan ini
tentunya kamu akan menerima rahmat-Nya, berkat-Nya, makrifat-Nya, kasih-Nya dan
belas kasihan-Nya; dan semua dosa-dosa kamu dan kekotoran kamu akan hancur dan
terlucut daripada kamu. Kerana Dia jualah Maha Besar, Pemurah, Penyayang, Tuhan
yang kekal abadi, Maha Berkuasa!
Kami memohon keselamatan dan kesejahteraan
ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd s.a.w, keturunan baginda, sahabat-sahabat
baginda dan sekalian pengikut baginda. Segala puji dan syukur kepunyaan Allah;
kami serahkan segala-galanya ke dalam tangan-Nya.
Semoga Bermanfaat didunia dan di akhirat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar