Orang-orang yang mengikuti jalan kerohanian
terbahagi kepada dua bahagian atau golongan. Golongan pertama ialah yang termasuk ke dalam kumpulan
Sunnis; mereka yang mengikuti peraturan Quran dan amalan serta peraturan yang
berasal daripada kelakuan dan perbuatan Rasulullah s.a.w.
Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafik.
Mereka ikuti peraturan ini dalam perkataan, perbuatan, pemikiran dan perasaan, dan mereka mengikuti maksud batin agama – iaitu mereka mengerti bukan ikut secara taklid buta. Mereka beramal dan hidup menurut peraturan agama, merasainya dan menikmatinya, bukan semata-mata menanggung sesuatu yang dipaksakan ke atas mereka. Inilah jalan kerohanian yang mereka ikut. Inilah persaudaraan hamba-hamba Allah yang berkasih sayang. Sebahagian daripada mereka dijanjikan syurga tanpa hisab, yang lain akan menderita sedikit azab hari kiamat dan kemudian masuk syurga. Namun ada juga sebahagian yang memasuki neraka beberapa ketika yang singkat untuk menyucikannya daripada dosa sebelum masuk syurga. Tiada yang akan kekal di dalam neraka. Yang akan kekal di dalam neraka ialah orang kafir dan munafik.
Golongan kedua terdiri daripada
kumpulan-kumpulan yang bidaah. Nabi s.a.w telah memberi peringatan , “ Kamu, seperti Bani Israil sebelum
kamu, seperti umat Isa anak Maryam, akan dibahagikan dan dipisahkan di antara
satu sama lain. Sebagaimana mereka mereka-reka dan mengubah-ubah, kamu juga
akan mengadakan bidaah. Dengan masa berlalu dalam bidaah, tentangan dan dosa,
kamu akan jadi seperti mereka dan berbuat yang sama. Jika mereka masuk ke dalam
lubang ular yang berbisa kamu juga akan mengikuti mereka. Kamu patut tahu Bani
Israil berpecah kepada tujuh puluh satu kumpulan. Kesemuanya dalam kesesatan
kecuali satu. Dan orang Nasrani berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan
semuanya sesat kecuali satu. Aku bimbang umatku akan dipecahkan kepada tujuh
puluh tiga kumpulan. Ini terjadi kerana mereka mengubah yang benar kepada yang
salah dan yang haram kepada yang halal menurut pertimbangan mereka sendiri,
untuk muslihat dan keuntungan mereka, kecuali satu, semua kumpulan itu akan ke
neraka, dan kumpulan yang satu itu akan selamat.” Bila ditanya
siapakah yang satu diselamatkan itu baginda bersabda, “Mereka yang mengikuti kepercayaan
dan perbuatanku serta para sahabatku”.
Di bawah ini dinyatakan sebahagian daripada
jalan bidaah yang dipegang dan diikuti oleh orang-orang yang mengakui diri
mereka orang kerohanian:
• Hululiyya – percaya kepada penjelmaan
dalam bentuk makhluk atau manusia, mendakwa halal melihat tubuh dan wajah yang
cantik, samada perempuan atau lelaki, siapa sahaja samada isteri-isteri atau
suami-suami, anak-anak perempuan atau saudara-saudara perempuan orang lain.
Mereka juga bercampur dan menari bersama-sama. Ini jelas bertentangan dengan
peraturan Islam dan menjaga kesucian dan kehormatan di dalam peraturan
tersebut.
• Haliyya – mencari kerasukan zauk dengan
cara menari, menyanyi, menjerit dan bertepuk tangan. Mereka mendakwa syeikh
mereka berada dalam suasana yang mengatasi batasan hukum agama. Jelas sekali
mereka terpesung jauh daripada perjalanan Nabi s.a.w yang dalam tindak tanduk
mematuhi hukum agama.
• Awliya'iyya – mendakwa mereka berada
dalam kehampiran dengan Allah dan mengatakan bila hamba hampir dengan Tuhan
semua kewajipan agama terangkat daripada mereka. Seterusnya mereka mendakwa
seorang wali, orang yang hampir dengan Allah, menjadi sahabat akrab-Nya,
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada nabi. Mereka mengatakan ilmu
sampai kepada Rasulullah s.a.w melalui Jibrail sementara wali menerima ilmu
secara langsung dari Tuhan. Pandangan salah tentang suasana mereka dan apa yang
mereka sifatkan kepada diri mereka adalah dosa mereka yang paling besar yang
membawa mereka kepada bidaah dan kekufuran.
• Syamuraniyya – percaya dunia ini kekal
abadi, dan sesiapa yang mengucapkan perkataan abadi akan terlepas daripada
tuntutan agama, lagi mereka tidak ada hukum halal dan haram. Mereka menggunakan
alat musik dalam upacara ibadat mereka. Mereka tidak memisahkan lelaki dengan
perempuan. Mereka tidak membezakan dua jantina itu. Mereka adalah kumpulan
kafir yang tidak boleh diperbetulkan lagi.
• Hubiyya – mengatakan bila manusia
sampai ke peringkat cinta mereka bebas daripada semua kewajipan agama. Mereka
tidak menutup kemaluan mereka.
• Huriyya – seperti Haliyya, enggan
menjerit, menyanyi, menari dan bertepuk tangan, mereka menjadi kerasukan dan di
dalam suasana kerasukan itu mereka mendakwa mengadakan hubungan jenis dengan
bidadari; bila keluar dari kerasukan mereka mandi junub. Mereka dimusnahkan
oleh pembohongan mereka sendiri.
• Ibahiyya – enggan mengajak kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran. Mereka menghukumkan haram sebagai halal.
Mereka memahatkan pendapat ini kepada kaum perempuan. Bagi mereka semua
perempuan halal bagi semua lelaki.
• Mutakasiliyya – menjadikan prinsip
kemalasan dan meminta sedekah dari rumah ke rumah sebagai cara mendapatkan
keperluan harian mereka. Mereka mendakwa telah meninggalkan segala hal ehwal
dunia. Mereka gagal dan terus gagal di dalam kemalasan mereka.
• Mutajahiliyya – berpura-pura jahil dan
dengan sengaja berpakaian tidak sopan, cuba menunjukkan dan berkelakuan seperti
orang kafir, sedangkan Allah berfirman, “Jangan
cenderung kepada yang berbuat dosa”. (Surah Hud, ayat 113) .
Nabi s.a.w bersabda, “Sesiapa
yang cuba berlagak seperti satu kaum dia dianggap salah seorang dari mereka”.
• Wafiqiyya – mendakwa hanya Allah yang
boleh kenal Allah. Jadi, mereka membuang jalan kebenaran. Kejahilan yang
disengajakan membawa mereka kepada kemusnahan.
• Ilhamiyya – berpegang dan mengharapkan
kepada ilham, meninggalkan ilmu pengetahuan, melarang belajar, dan berkata
Quran adalah hijab bagi mereka, dan fikiran puisi adalah Quran mereka. Mereka
meninggalkan Quran dan sembahyang, sebaliknya mengajarkan anak-anak mereka
puisi.
Pemimpin-pemimpin dan guru-guru dari
kumpulan Sunni mengatakan para sahabat, dengan berkat kehadiran Rasulullah
s.a.w di tengah-tengah mereka, berada dalam suasana zauk dan keghairahan
kerohanian yang sangat tinggi. Pada zaman kemudian peringkat kerohanian yang
demikian tidak tercapai lagi oleh orang ramai dan ia menjadi semakin hilang.
Yang masih tinggal diturunkan kepada pewaris-pewaris kerohanian pada jalan
kebenaran Ilahi, yang kemudiannya terbahagi kepada banyak cabang-cabang. Ia
berpecah kepada terlalu banyak kumpulan sehingga kebijaksanaan dan tenaganya
menjadi sangat berkurangan dan berselerak. Dalam banyak kes segala yang tinggal
hanyalah rupa yang dibaluti oleh pakaian guru kerohanian tanpa sebarang makna,
kekuatan dan tenaga di bawah pakaian tersebut. Walaupun dalam suasana kosong
itu ia masih juga berpecah dan berganda, bertukar menjadi bidaah. Sebahagian
menjadi Qalandari – peminta sedekah yang mengembara. Yang lain menjadi Haydari
dan berpura-pura menjadi wira. Yang lain pula menamakan diri mereka
Adhami dan berpura-pura mengikuti wali Allah Ibrahim Adham yang
meninggalkan takhta kerajaan dunia ini. Masih ramai lagi yang lain.
Dalam zaman kita mereka yang mengikuti
jalan kebenaran sesuai dengan hukum agama menjadi semakin berkurangan.
Pengikut-pengikut yang benar pada jalan ini boleh dikenali melalui dua
kenyataan. Pertama, kenyataan zahir, yang menunjukkan keadaan kehidupan harian
mereka yang dibentengi oleh hukum dan amalan agama. Kedua kenyataan dalaman,
contoh teladan yang si pencari itu ikuti dan lahirkan dan dengan apa yang dia
dibimbingkan. Sesungguhnya tiada yang lain untuk diikuti melainkan Nabi
Muhamamd s.a.w, yang menjadi teladan, yang pada satu masa dahulu baginda
sendiri berada dalam suasana mencari dan kebenaranlah yang baginda cari. Tanpa
ragu-ragu roh suci baginda sahaja yang menjadi perantaraan. Itulah
undang-undang yang mesti dipatuhi oleh orang yang beriman bagi penerusan
kehidupan agama dalam kehidupan. Cara lain, wali yang memiliki pesaka
kerohanian Nabi s.a.w boleh memberkati si pencari denfan kewujudan
kebendaannya. Sesungguhnya syaitan tidak boleh mengambil rupa Nabi s.a.w.
Waspadalah wahai pengembara pada jalan
kerohanian, orang buta tidak boleh memimpin orang buta. Perhatian kamu mesti
bersungguh-sungguh agar kamu dapat membezakan kebaikan yang paling kecil
daripada kejahatan yang paling kecil.
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir
Jailani 27/27
Tidak ada komentar:
Posting Komentar