RAHASIA
SUFI
Sirrul
Assrar
Karya
: Syeikh Abdul Qadir Jailani)
Oleh.
Muhammad Yasin, S. Pd.I. M. Pd.I.
1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA
(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir
al-Jilani)
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu
adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu
dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk
memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “ Allah adalah cahaya bagi semua
langit dan bumi… ” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati
kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya
seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu
anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan
mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat,
dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas
pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya
walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah
kebijaksanaan) akan meny`la sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan
cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahasia Ilahi bersinar ke
atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan
bintang-bintang “…dan
berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…” .
Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
“…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu
rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang
secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan.
Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk
langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit,
melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi
kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit,
menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku
bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…”
malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan
menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap
ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam
lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan
mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit
peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu
sendiri, Lantaran kamu adalah “yang
Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar”
dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan
memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan
“perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”,
dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di
bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati
kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu
berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar