Tujuan penyucian itu ada dua jenis: Pertama untuk membolehkannya masuk
kepada alam sifat-sifat Ilahi dan kedua untuk mencapai makam Zat.
Penyucian untuk memasuki alam sifat-sifat
Ilahi memerlukan pelajaran yang membimbing seseorang di dalam proses penyucian
cermin hati daripada gambaran haiwan manusia dengan cara rayuan, ucapan atau
memikirkan dan mendoakan pada nama-nama Ilahi. Ucapan itu menjadi kunci,
perkataan rahsia yang membuka hati. Hanya bila mata itu terbuka baharulah boleh
dia melihat sifat-sifat Allah yang sebenar.
Kemudian mata itu melihat gambaran
kemurahan Allah, nikmat, rahmat dan kebaikan-Nya di atas cermin hati yang murni
itu. Nabi s.a.w bersabda, “Mukmin
adalah cermin bagi samanya mukmin” . Juga sabda baginda, “Orang berilmu membuat gambaran
sementara orang arif menggilap" . Juga sabda
baginda, “Orang berilmu
membuat gambaran sementara orang arif menggilap cermin hati yang menangkap
kebenaran." Bila cermin hati sudah dicuci sepenuhnya
dengan digilap terus menerus secara menzikirkan nama-nama Allah, seseorang itu
mendapat jalan kepada pengetahuan dan sifat Ilahi. Penyaksian terhadap
pemandangan ini hanya mungkin berlaku di dalam hati.
Penyucian yang bertujuan mencapai Zat Ilahi
adalah melalui terus menerus mentafakurkan kalimah tauhid. Ada tiga nama
keesaan, tiga yang akhir daripada dua belas nama-nama Ilahi. Nama-nama tersebut
ialah:
LA ILAHA ILLA LLAH : Tiada yang ada kecuali Allah
ALLAH
: Nama khusus
bagi Tuhan
HU
: Allah yang
bersifat melampaui sesuatu
HAQ
: Yang
sebenarnya (Hakikat)
HAYYUN
: Hidup Ilahi
yang kekal abadi
QAYYUM : Berdiri dengan sendiri yang
segala kewujudan bergantung kepada-Nya
QAHHAR : Yang Maha Memaksa, meliputi segala
sesuatu
WAHHAB : Pemberi tanpa batas
WAHID : Yang Esa
AHAD : Esa
SAMAD : Sumber kepada segala sesuatu
Nama-nama ini mestilah diseru bukan dengan
lidah biasa tetapi dengan lidah rahsia bagi hati. Hanya dengan itu mata hati
melihat cahaya keesaan. Bila cahaya suci Zat menjadi nyata semua nilai-nilai
kebendaan lenyap, semua menjadi tiada apa-apa. Ini adalah suasana menghabiskan
sepenuhnya segala perkara, kekosongan yang melampaui semua kekosongan.
Kenyataan cahaya Ilahi memadamkan semua cahaya: “Tiap-tiap sesuatu akan binasa kecuali Zat-Nya”. (Surah
Qasas, ayat 88). “Allah hapuskan apa yang Dia kehendaki dan Dia tetapkan apa
yang Dia kehendaki, kerana pada sisi-Nya ibu kitab”. (Surah ar-Ra'd, ayat 39).
Bila semuanya lenyap apa yang tinggal
selamanya adalah roh suci. Ia melihat dengan cahaya Allah. Ia melihat-Nya, Dia
melihatnya. Di sana tiada gambaran, tiada persamaan di dalam melihat-Nya: “Tiada sesuatu yang serupa
dengan-Nya. Dia mendengar dan melihat”. (Surah asy-Syura, ayat 11).
Apa yang ada hanyalah cahaya murni yang
mutlak. Tidak ada apa untuk diketahui lebih dari itu. Itu adalah alam fana
diri. Tiada lagi fikiran untuk memberi khabar berita. Tiada lagi sesiapa
melainkan Allah yang memberi khabar berita. Nabi s.a.w bersabda, “ Ada ketika aku sangat hampir
dengan Allah, tiada siapa, malaikat yang hampir atau nabi yang diutus, boleh
masuk antara aku dengan-Nya” . Ini adalah suasana pemisahan di mana
seseorang itu telah membuang semua perkara kecuali Zat Allah. Itu adalah
suasana keesaan. Allah memerintahkan melalui Rasul-Nya, “Pisahkan diri kamu dari segala
perkara dan carilah keesaan”.
Pemisahan itu bergerak daripada semua yang
keduniaan kepada kekosongan dan ketiadaan. Hanya dengan itu kamu memperolehi
sifat-sifat Ilahi. Itulah yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w apabila bersabda, “Sucikan diri kamu, benamkan diri
kamu dalam sifat-sifat yang suci (sifat Ilahi)”.
Sirrul
Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani 19/27
Tidak ada komentar:
Posting Komentar