Ada dua jenis zakat: zakat yang diajarkan oleh syariat
dan zakat kerohanian yang berlainan sifatnya . Zakat yang diajarkan oleh syariat
ialah mengeluarkan daripada barang-barang dalam dunia ini. Setelah ditolak
jumlah tertentu yang diperuntukkan sebagai kegunaan keluarga, satu bahagian
dibahagikan kepada orang miskin . Zakat rohani Bagaimanapun diambil
daripada perolehan barangan akhirat. Ia juga diberikan kepada orang miskin,
iaitu miskin kerohanian.
Zakat adalah memberi bantuan kepada orang
miskin. Allah perintahkan: “Sedekah-sedekah
itu untuk faqir-faqir dan miskin”. (Surah at-Taubah, ayat 60).
Apa juga yang diberi untuk tujuan ini
sampai kepada tangan Allah Yang Maha Tinggi sebelum dihantar kepada yang
memerlukannya. Jadi, tujuan zakat dan sedekah ini bukanlah terutamanya untuk
membantu yang memerlukan, kerana Allah adalah Pemberi kepada semua yang
memerlukan, tetapi supaya niat baik pemberi zakat dan sedekah itu diterima oleh
Allah.
Mereka yang hampir dengan Allah menjadikan
ganjaran rohani daripada perbuatan baiknya sebagai kebaktian kepada orang yang
berdosa. Allah Yang Maha Tinggi menyatakan keampunan-Nya mengampunkan
orang-orang yang berdosa mengikut kadar doa, permohonan, pujian, puasa,
sedekah, hajji dan lain-lain kebaikan para hamba-Nya yang berhasrat mengorbankan
ganjaran kerohanian yang mereka harapkan sebagai hasil daripada ibadat dan
ketaatan mereka, Allah dengan kemurahan-Nya menutup dan menyembunyikan dosa
para pendosa sebagai balasan terhadap kebaktian para hamba-Nya yang baik-baik.
Kemurahan hati hamba-hamba-Nya yang beriman
hingga kepada peringkat mereka tidak memiliki apa-apa lagi, tidak menyimpan
sesuatu apa pun untuk diri mereka, hinggakan tidak ada nama baik dari kebaikan
mereka juga tidak ada harapan untuk balasan akhirat. Orang yang memasuki jalan
ini kehilangan segala-galanya termasuklah kewujudan dirinya sendiri. Dia
menjadi muflis sepenuhnya kerana dia benar-benar murah hati. Allah mengasihi
orang yang murah hati sampai kepada peringkat muflis seluruhnya pada dunia ini.
Nabi s.a.w bersabda, “Orang
yang membelanjakan semua yang dimilikinya dan tidak berharap untuk memiliki
apa-apa berada di dalam penjagaan Allah di dunia dan akhirat”.
Rabiatul Adawiyah berdoa, “Wahai Tuhan.
Berikan semua bahagianku daripada dunia ini kepada orang-orang kafir dan jika
ada bahagianku di akhirat bahagikannya kepada hamba-hamba-Mu yang beriman. Apa
yang aku inginkan dalam dunia ini ialah merindui-Mu dan yang aku inginkan di
akhirat ialah bersama-Mu, kerana manusia dan apa sahaja yang diperolehinya
adalah milik-Mu”.
Allah membalas sehingga sepuluh kali ganda
kepada orang yang bersedekah. “Barangsiapa
kerjakan kebaikan maka baginya (ganjaran) sepuluh kali ganda”. (Surah
al-An'aam, ayat 160).
Faedah lain daripada sedekah ialah kesan
penyuciannya. Ia menyucikan harta dan diri seseorang. Jika diri dibersihkan
daripada sifat-sifat ego maka tujuan sedekah atau zakat batin (kerohanian)
tercapai.
Memisahkan seseorang dengan apa yang dia
anggap sebagai miliknya mendatangkan balasan yang berganda di akhirat: “Siapakah yang hendak meminjamkan
kepada Allah satu pinjaman yang baik lalu Dia gandakan (ganjaran) baginya,
padahal (adalah) baginya ganjaran yang mulia?” (Surah al-Hadiid, ayat 11).
“Berbahagialah orang yang membersihkannya
(jiwanya)”. (Surah asy-Syams, ayat 9).
Zakat, ‘sedekah yang indah' adalah
perbuatan yang baik, sebahagian daripada yang kamu terima, kebendaan dan
kerohanian. Belanjakanlah kerana Allah, kepada Allah. Walaupun balasan berganda
dijanjikan jangan pula melakukannya kerana balasan tersebut. Berikan zakat dan
sedekah secara mengambil berat, dengan kasih sayang dan kasihan belas bukan
sebagai budi, mengharapkan pujian, membuat penerima merasa terhutang budi dan
terikat.
“Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah
kamu batalkan (pahala) sedekah kamu dengan bangkitan dan gangguan”. (Surah
al-Baqarah, ayat 264).
Jangan meminta dan mengharapkan faedah
keduniaan bagi perbuatan baik kamu. Lakukannya kerana Allah semata-mata. Firman
Allah: “Kamu tidak akan
dapat (balasan) kebaikan kecuali kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang
kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan itu Allah mengetahui akan
dia”. (Surah al-‘Imraan, ayat 92).
Sirrul Assrar dari Syeikh Abdul Qadir
Jailani 20/27
Tidak ada komentar:
Posting Komentar