Tempat roh manusia, roh kehidupan, di dalam
badan ialah dada. Tempat ini berhubung dengan pancaindera dan deria-deria.
Urusan atau bidangnya ialah agama. Pekerjaannya ialah mentaati perintah Allah . Dengan
peraturan-peraturan yang ditentukan-Nya, Allah memelihara dunia nyata ini
dengan teratur dan harmoni. Roh itu bertindak menurut kewajipan yang ditentukan
oleh Allah, tidak menganggap perbuatannya sebagai perbuatannya sendiri kerana
dia tidak berpisah dengan Allah. Perbuatannya daripada Allah; tidak ada
perpisahan di antara ‘aku' dengan Allah di dalam tindakan dan ketaatannya. “Barangsiapa percaya akan pertemuan
Tuhannya hendaklah mengerjakan amal salih dan janganlah ia sekutukan sesuatu
dalam ibadat kepada Tuhannya”. (Surah Kahfi, ayat 110).
Allah adalah esa dan Dia mencintai yang
bersatu dan satu. Dia mahu semua penyembahan dan semua amal kebaikan, yang Dia
anggap sebagai pengabdian kepada-Nya, menjadi milik-Nya semata-mata, tidak
dikongsikan dengan apa sahaja. Jadi, seseorang tidak memerlukan kelulusan
atau halangan daripada sesiapa pun di dalam pengabdiannya kepada Tuhannya, juga
amalannya bukan untuk kepentingan duniawi. Semuanya semata-mata kerana Allah.
Suasana yang dihasilkan oleh petunjuk Ilahi seperti menyaksikan bukit-bukti
kewujudan Allah di dalam alam nyata ini; kenyataan sifat-sifat-Nya, kesatuan di
dalam yang banyak, hakikat di sebalik yang nyata, kehampiran dengan Pencipta,
semuanya adalah ganjaran bagi amalan kebaikan yang benar dan ketaatan tanpa
mementingkan diri sendiri. Namun, semuanya itu di dalam taklukan alam benda,
daripada bumi yang di bawah tapak kaki kita sehinggalah kepada langit-langit.
Termasuk juga di dalam taklukan alam dunia ialah kekeramatan yang muncul
melalui seseorang, misalnya berjalan di atas air, terbang di udara, berjalan
dengan pantas, mendengar suara dan melihat gambaran dari tempat yang jauh atau
boleh membaca fikiran yang tersembunyi. Sebagai ganjaran terhadap amalan yang
baik manusia juga diberikan nikmati di akhirat seperti syurga, khadam-khadam,
bidadari, susu, madu, arak dan lain-lain. Semuanya itu merupakan nikmati syurga
tingkat pertama, syurga dunia.
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan'
ialah di dalam hati. Urusannya ialah pengetahuan tentang jalan
kerohanian. Kerjanya berkait dengan empat nama-nama pertama bagi nama-nama
Allah yang indah. Sebagaimana dua belas nama-nama yang lain empat nama tersebut
tidak termasuk di dalam sempadan suara dan huruf. Jadi, ia tidak boleh disebut.
Allah Yang Maha Tinggi berfirman:
“Dan bagi Allah jualah nama-nama yang baik,
jadi serulah Dia dengan nama-nama tersebut”. (Surah A'raaf, ayat 180).
Firman Allah di atas menunjukkan tugas
utama manusia adalah mengetahui nama-nama Tuhan. Ini adalah pengetahuan batin
seseorang. Jika mampu memperolehi pengetahuan yang demikian dia akan sampai
kepada makam makrifat. Di samalah pengetahuan tentang nama keesaan sempurna.
Nabi s.a.w bersabda, “ Allah Yang Maha Tinggi mempunyai
sembilan puluh sembilan nama, siapa mempelajarinya akan masuk syurga” . Baginda s.a.w juga
bersabda, “Pengetahuan
adalah satu. Kemudian orang arif jadikannya seribu” . Ini
bermakna nama kepunyaan Zat hanyalah satu. Ia memancar sebagai seribu sifat
kepada orang yang menerimanya.
Dua belas nama-nama Ilahi berada di dalam
lengkungan sumber pengakuan tauhid “La
ilaha illa Llah” . Tiap satunya adalah satu daripada dua belas
huruf dalam kalimah tersebut. Allah Yang Maha Tinggi mengurniakan nama masing-masing
bagi setiap huruf di dalam perkembangan hati. Setiap satu daripada empat alam
yang dilalui oleh roh terdapat tiga nama yang berlainan. Allah Yang Maha Tinggi
dengan cara ini memegang erat hati para pencinta-Nya, dalam kasih sayang-Nya.
Firman-Nya: “Allah
tetapkan orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap di Penghidupan
dunia dan akhirat”. (Surah Ibrahim, ayat 27).
Kemudian dikurniakan kepada mereka
kehampiran-Nya. Dia sediakan pokok keesaan di dalam hati mereka, pokok yang
akarnya turun kepada tujuh lapis bumi dan Dahannya meninggi kepada tujuh lapis
langit, bahkan meninggi lagi hingga ke arasy dan mungkin lebih tinggi lagi.
Allah berfirman: “Tidakkah
engkau perhatikan bagaimana Allah adakan misal, satu kalimah yang baik seperti
pohon yang baik, pangkalnya tetap dan cabangnya ke langit . (Surah Ibrahim,
ayat 24).
Tempat ‘roh perpindahan atau roh peralihan'
adalah di dalam nyawa kepada hati. Alam malaikat berterusan di dalam
penyaksiannya. Ia boleh melihat syurga alam tersebut, penghuninya, cahayanya
dan semua malaikat di dalamnya. Kalam ‘roh peralihan' adalah bahasa alam batin,
tanpa huruf tanpa suara. Perhatiannya berterusan menyentuh soal-soal
rahsia-rahsia maksud yang tersembunyi. Tempatnya di akhirat apabila kembali
ialah syurga Na'im, taman kegembiraan kurniaan Allah.
Tempat ‘roh sultan' di mana ia memerintah,
adalah di tengah-tengah hati, jantung kepada hati. Urusan roh ini ialah
makrifat. Kerjanya ialah mengetahui semua pengetahuan ketuhanan yang menjadi
perantaraan bagi semua ibadat yang sebenar-benarnya diucapkan dalam bahasa
hati. Nabi s.a.w bersabda, “Ilmu ada dua bahagian. Satu pada lidah, yang
membuktikan kewujudan Allah. Satu lagi di dalam hati. Inilah yang perlu bagi
menyedarkan tujuan seseorang”. Ilmu yang sebenar-benarnya bermanfaat berada di
dalam sempadan kegiatan hati. Nabi s.a.w bersabda, “Quran yang mulia mempunyai makna
zahir dan makna batin” . Allah Yang Maha Tinggi membukakan
Quran kepada sepuluh lapis makna yang tersembunyi. Setiap makna yang berikutnya
lebih bermanfaat daripada yang sebelumnya kerana ia semakin hampir dengan
sumber yang sebenarnya. Dua belas nama kepunyaan Zat Allah adalah umpama dua
belas mata air yang memancar dari batu apabila Nabi Musa a.s menghentamkan batu
itu dengan tongkatnya.
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
“Dan (ingatlah) tatkala Musa mintakan air bagi kaumnya, maka Kami berkata, ‘Pukullah batu itu dengan tingkat kamu'. Lantas terpancar daripadanya dua belas mata air yang sesungguhnya setiap golongan itu mengetahui tempat minumnya”. (Surah Baqarah, ayat 60) .
Pengetahuan zahir adalah umpama air hujan
yang datang dan pergi sementara pengetahuan batin umpama mata air yang tidak
pernah kering. “Dan
satu tanda untuk mereka, ialah bumi yang mati (lalu) Kami hidupkannya dan Kami
keluarkan daripadanya biji-bijian, lalu mereka memakannya”. (Surah Yaa Sin,
ayat 33).
Allah jadikan satu bijian, sebiji benih di
langit. Benih itu menjadi kekuatan kepada kehaiwanan di dalam diri manusia.
Dijadikan-Nya juga sebiji benih di dalam alam roh-roh (alam al-anfus); menjadi
sumber kekuatan, makanan roh. Bijian itu dijiruskan dengan air dari sumber
hikmah. Nabi s.a.w bersabda, “Jika
seseorang menghabiskan empat puluh hari dalam keikhlasan dan kesucian sumber
hikmah akan memancar dari hatinya kepada lidahnya”.
Nikmat bagi ‘roh sultan ialah kelazatan dan
kecintaan yang dinikmatinya dengan menyaksikan kenyataan keelokan, kesempurnaan
dan kemurahan Allah Yang Maha Tinggi. Firman Allah: “Dia telah diajar oleh yang
bersangatan kekuatannya, yang berupa bagus, lalu ia menjelma dengan sempurnanya
padahal ia di pehak atas yang paling tinggi. Kemudian ia mendekati rapat
(kepadanya), maka adalah (rapatnya) itu kadar dua busur panah atau lebih dekat
(lagi). Lalu Ia wahyukan kepada hamba-Nya apa yang Ia mahu wahyukan. Hatinya
tidak mendusta apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 5 – 11).
Nabi s.a.w menggambarkan suasana demikian
dengan cara lain, “Yang
beriman (yang sejahtera) adalah cermin kepada yang beriman (yang sejahtera)” .
Dalam ayat ini yang sejahtera yang pertama ialah hati orang yang beriman yang
sempurna, sementara yang sejahtera kedua itu ialah yang memancar kepada hati
orang yang beriman itu, tidak lain daripada Allah Yang Maha Tinggi sendiri.
Allah menamakan Diri-Nya di dalam Quran sebagai Yang Mensejahterakan. “Dia jualah Allah yang tiada Tuhan
melainkan Dia…Yang Mensejahterakan (Pemelihara iman), Pemelihara
segala-galanya” . (Surah Hasyr, ayat 23).
Kediaman ‘roh sultan' di akhirat ialah
syurga Firdaus, syurga yang tinggi.
Setesen di mana roh-roh berhenti adalah
tempat rahsia yang Allah buatkan untuk Diri-Nya di tengah-tengah hati, di mana
Dia simpankan rahsia-Nya (Sirr) untuk disimpan dengan selamat. Keadaan roh ini
diceritakan oleh Allah melalui pesuruh-Nya:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”.
Urusannya ialah kebenaran (hakikat) yang
diperolehi dengan mencapai keesaan; mencapai keesaan itulah tuagsnya. Ia
membawa yang banyak kepada kesatuan dengan cara terus menerus menyebut
nama-nama keesaan di dalam bahasa rahsia yang suci. Ia bukan bahasa yang
berbunyi di luar.
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
“Dan jika engkau nyaringkan perkataan, maka Sesungguhnya Dia mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi”. (Surah Ta Ha, ayat 7)
Hanya Allah mendengar bahasa roh suci dan
hanya Allah mengetahui keadaannya.
Nikmat bagi roh ini ialah penyaksian
terhadap ciptaan Allah yang pertama. Apa yang dilihatnya ialah keindahan Allah.
Padanya terdapat penyaksian rahsia. Pandangan dan pendengaran menjadi satu.
Tidak ada perbandingan dan tidak ada persamaan tentang apa yang disaksikanya.
Dia menyaksikan sifat Allah, keperkasaan dan kekerasan-Nya sebagai esa dengan
keindahan, kelembutan dan kemurahan-Nya.
Bila manusia temui matlamatnya, tempat
kediamannya, bila dia temui akal asbab, pertimbangan keduniaannya yang
memandunya selama ini akan tunduk kepada Perintahnya; hatinya akan rasa gentar
bercampur hormat, lidahnya terkunci. Dia tidak berupaya menceritakan keadaan
tersebut kerana Allah tidak menyerupai sesuatu.
Bila apa yang diperkatakan di sini sampai
ke telinga orang yang berilmu, mula-mula cubalah memahami tahap pengetahuan
sendiri. Tumpukan perhatian kepada kebenaran (hakikat) mengenai perkara-perkara
yang sudah diketahui sebelum mendongak ke ufuk yang lebih tinggi, sebelum
mencari peringkat baharu, semoga mereka memperolehi pengetahuan tentang
kehalusan perlaksanaan Ilahi. Semoga mereka tidak menafikan apa yang sudah
diperkatakan, tetapi sebaliknya mereka mencari makrifat, kebijaksanaan untuk
mencapai keesaan. Itulah yang sangat diperlukan.
Sirrul
Assrar dari Syeikh Abdul Qadir Jailani 7/27
Tidak ada komentar:
Posting Komentar